Saturday, December 18, 2010


Telah kukirimkan rayuan rinduku pada bayu malam agar ia menyelimuti hatimu yang sepi. Kukirimkan jua bebunga kasihku yang segar mengharum agar ia menemani dan mengharumkan malammu. Kukirimkan jua bingkisan doaku pada hari-hari yang kau lewati agar kau selalu sejahtera di dalam rahmatNYA. Kumengharapkan kau tidak melupakanNYA yang telah menemukan kita.

Wednesday, December 15, 2010

MENANGISLAH PADA YANG SEPATUTNYA..

Semoga kita lebih menyayangi tiap titisan air mata kita selepas ini.. Tumpahkan lah air mata kamu pada yang sepatutnya...

SAIDINA Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan.


Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: “Letakkan pipiku di atas tanah.” Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: “Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?” Umar berkata lagi: “Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!”Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.


Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: “Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa."Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.



Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga?Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.
Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.



Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan?Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihanseksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?



Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.
Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?
Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.



Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar.



Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.
Tanya dan lihat diri kita, pernah kah airmata kita mengalir untukNYA... Sejauh mana kah kasih sayang KIta terhadapNYA?????
menangislah UNTUKNYA, ALLAH S.W.T.....

Thursday, December 9, 2010


kadang-kadang aku terbang...kadang-kadang aku terhenti..kadang-kadang aku mendongak..kadang-kadang aku tertunduk..kadang-kadang aku melayari indah..kadang-kadang aku TERCALAR KESAKITAN.

"Kita tak perlu mencari seorang yang sempurna untuk menjadi teman yang setia,
cukuplah sekadar menpunyai teman sejati,
yang menjadikan kita seorang yang sempurna bila bersamanya"

Wednesday, December 8, 2010

Madah Cinta Luka


Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.


Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.


Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.


Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.


Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.


Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…


Pengalaman cinta lalu yang telah jauh kita tinggalkan… sesekali lihatlah semula dan nilaikan kembali. Kerana sesungguhnya pengalaman cinta lalu umpama sebuah ensiklopedia yang sangat berharga kepada diri kita. Yang pahit jadikan pengajaran, yang manis pastikan kita sentiasa mengamalkannya dalam setiap episod cinta kita di masa hadapan.Bila cinta beraja di hati kita sanggup berkorban segalanya demi kerana CINTA. Maka maruah dan harga diri digadaikan sebagai jaminan kepada kelangsungan sebuah hubungan. Diketika itu berakhirlah satu ikatan cinta nan suci anugerah Illahi dibayangi oleh satu hubungan baru yang diwarnai dengan noda-noda dosa yang keji dan penuh dengan kepuraan semata-mata.


Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.


CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.
Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?… Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.


Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.


Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.
Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara.

Tuesday, December 7, 2010

Cinta


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Hijrahku.......


"Biarkan Hari ini berlalu dengan sebuah pengalaman..dan mulakan hari esok dengan keazaman.dan aku harus belajar melepaskan semalam,belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Monday, December 6, 2010

HIjrah


Salam Hijrah..


berhijrah kepada kebaikan,

berhijrah kepada keampunan,

dalam menikmati kurniaanNya,

tak terlafaz rasa syukur kepadaMU,

Kau berikanku segala-galanya

dan Kau mengujiku dengan cinta dunia

Dalam menikmati kurniaan-Mu

tak terucap lafaz terima kasihku

namun untuk jadi yang terbaik

juga masih belum kumampu


Renungan


~Jangan bertanya soalan… Andai kamu tiada pernah bersedia untuk menerima kenyataan… Andai jawaban tidak semahu hatimu pasti hati kecil kamu akan terasa…pasti pelbagai persoalan yang lain akan tiba… dan pasti ada bisikan syaitan menyelit bersama… ragu dan terus hilang percaya….~madah perindu.


~Kamu adalah kamu dan mereka adalah mereka… jadilah diri sendiri tiada perlu hidup dalam kepuraan…~

dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!


Bersyukur Dengan Apa Yang Ada...


Jika ada dirasakan tiada..jika tiada dirasakan ada...bila ada dirasakan baik tiada..bila tiada dirasakan perlu ada...Oleh itu bila ianya ada dan dirasakan perlu ada...peliharalah ia sebaiknya..kerana jika ia telah tiada sukar untuk mendapatkannya kembali............


kita harus berjalan ke hadapan, usah menoleh ke belakang jika untuk mengalirkan airmata,lihatlah alam, bacalah sejarah orang terdahulu, sesungguhnya cerita mereka lebih hebat, lebih perit, lebih sakit berbanding kita yang cuma rasa yang belum pernah luka merah darah. Allah janjikan syurga kepada hambanya yang sabar lagi redha dengan ujian dan cubaan derita hidup di dunia...moga kita kuat menempuh segalanya dengan pertolongan dan rahmat Allah..amin

sebelum kita mengeluh



Kita tak bisa mengubah apa pun yang telah terjadi.
Kita tak bisa menarik perkataan yang telah terucapkan.
Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan;
dan mengulangi kegembiraan yang anda rasakan kemarin.
Biarkan hari kemarin lewat
lepaskan saja…

Sunday, December 5, 2010

Arah yang di cari...


Melangkah itu Mudah,
Namun mencari arah itu yg terkadang payah..

Mencari jalan itu mudah,
Tetapi memahami destinasi itu yg susah..

Menyusuri susur iru mudah,
Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah..
dalam semua ini,

Menjaga istiqamah itu yg paling susah,payah dan lelah..
Namun,DIA amat faham
bg hambaNYA,

DIA tidak memaksa manusia menjadi yg terbaik,
meletakkan sandaran dan keyakinan kpdNYA,

lantas nescaya DIA akan menguruskan yg selebihnya.

Agar yg terbaik itu menjadi milik manusia..

Moga perjalanan kita sentiasa dalam penjagaan dan perlindungan ALLAH SWT..

Pesanan untuk orang cantik


Tuhan memberi nikmat kepada orang yang bertaqwa kerana kasih sayang-Nya. Jika diberi kepada mereka sedikit, kasih sayang-Nya juga. Kerana Tuhan hendakkan mereka lebih mulia dan disimpan aset itu sebagai harta di Syurga. Kalau diberi banyak pula itu juga adalah kasih sayang-Nya. Kerana dengan nikmat yang banyak itu dapat diagih-agih kepada orang lain pula

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan itu ini.Anda mungkin berada rendah hati meihat kekurangan yang ada pada diri anda.

Anggap ini satu kelebihan.Jika anda sangka anda tidak cantik.Ia satu kelebihan yang tiada pada orang yang cantik.Anda sangka kecantikan selalu membawa keuntungan?Tidak,tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan.Setelah anda dikenali sebagai cantik,ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada anda semulajadinya buruk.Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan akan dirawat dan setiap kedutan pasti menyusahkannya.Saat menjadi buruk pasti tiba ,bagaimanakah si cantik menghadapi hari tua mereka.Bukankan rasa susah yang tiada kesudahan?


Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Tuhan supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah hal nya,kadang-kadang seorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikn itu dia boleh berbuat banyak-banyak kebaikan.

Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas dari rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberi oleh Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali jugak yang buruk kerana ia berterus-terusan mempertikaikan kera Tuhan.

Siapakah penghuni syurga itu?Barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia.Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah.

barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada dalam hatinya.Wahai orang cantik,orang buruk,orang kurus,orang gemuk,orang rendah,orang tinggi dan orang cacat,semuanya itu adalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar.

Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Alah.


Artikel Ehsan dr seorang sahabat...terima kasih.......

Thursday, December 2, 2010



"Jika Manusia Kehilangan Sahabatnya, Dia Akan Melihat Sekitarnya Dan Akan Melihat Sahabat-Sahabatnya Datang Dan Menghiburkannya. Akan Tetapi Apabila Hati Manusia Kehilangan Kedamaiannya, Di Manakah Dia Akan Menemukannya. Bagaimanakah Dia Bisa Menemukannya Kembali... "
"

Aku meminta kepada ALLAH setangkai bunga segar namun diberikan-NYA aku kaktus berduri. Aku meminta kupu-kupu, tapi diberkan-NYA ulat. Aku kecewa dan sedih, tetapi tetap sabar. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi kupu-kupu. Rupanya begitulah cara ALLAH mengasihi dan medidik hamba-NYA"