Tuesday, October 26, 2010

Hari ini tidak seindah hari semalam..aku xde mood nak menulis sebab badanku tak sihat..fikiran kusut dan tak boleh nak berfikir..seandainya idea tiba-tiba datang semula..InsyaAllah..terlakarlah coretan di sini....

Monday, October 25, 2010


Terkadang aku ingin selalu berada di setiap sudut hatimu......

Sunday, October 24, 2010

jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni...nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.



Jangan terlampau mendongak ke langit kerana langit pun tak setinggi mana...
Jangan terlalu menundukkan ke bumi kerana bumi pun tak serendah itu....

Bukan apa, kadang-kala kita tidak sedar apa yang kita ucapkan boleh menyentuh hati seseorang. Adakala tu, bila berkata-kata kita rasa diri kita lah yang paling bagus kalau dibandingkan dengan orang lain. Bak kata orang tu, ego mesti dijaga.... hehehehe... tapi sebaliknya bila kita bereaksi begitu menampakkan diri kitalah yang paling bodoh

kadangkala kita ni terlalu merendah diri sebab takut kalau apa yang kita ungkapkan menampakkan kebodohan kita tapi sebenarnya tak. Kita perlu berani meluahkan pendapat dan pendirian kita. Betul atau salah pendapat kita itu terpulang pada persepsi masing-masing. Dan perlu ingat kalau kita ni asyik merendah diri je.. mengangukkan aje pada apa yang orang katakan lama-lama kepala kita pun kena pijak. Akhirnya jadilah kita seperti sabut kata pantai dihanyut ombak ke tengah ke tepi tanpa haluan.

Apa pun teman-teman..Jadilah diri sendiri. Bertindak apabila perlu. Berdiamlah apabila setuju. Insyaallah kita akan menjumpai titik tengah di dalam realiti kehidupan......sekali kita gagal..tidak semestinya kita gagal untuk selamanya.....dan......Jangan biarkan perahu itu hanyut. Kemudilah ia agar sampai ke pelabuhannya.


berposing sebentar bersama teman-teman sekuliah...walaupun hari ni aku xde mood nak masuk kuliah bila mengenangkan wajah pensyarah yg aku tak minat tu..bahasa dan bicaranya tidak semanis bahasa dan bicara pensyarah-pensyarah yg lain..tak jaga hati orang langsung..tegas tak bertempat.....kalau dgn budak-budak sekolah boleh la nak tegas mcm tu...ini kelas cikgu2 yg dah berumur.....bosannnn.,,,,tak sabar rasanya nak habiskan semester September ni......Pensyarah tu betul2 buatkan aku xde mood nak belajar Sem ni.....bosan sgt2....bosan giler..dia syok sendiri...nasib baik ada teman-teman yang menceriakan ku setiap detik waktu yg berlalu...

Saturday, October 23, 2010

Friday, October 22, 2010

Setiap kedip mataku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang melihat, tetapi buta.

Setiap tarikan nafasku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mencium, tetapi tidak mampu membau
.

Setiap suara yang kudengar Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mendengar, tetapi tuli.

Setiap desir angin yang kurasa Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang merasa, tetapi kebal.

Setiap degup dan detak jantungku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang hidup, tetapi mati.

Akhirnya Ya Allah,
Jangan Kau cabut rasa syukurku ini dari hatiku,
Yang dapat membuatku buta, bebal, tuli dan mati

Thursday, October 21, 2010


KU KONGSIKAN RASAKU BIAR TURUT MENJADI RASAMU. KENANGAN INI ADALAH SEGALANYA. MIMPI YANG MUNGKIN MENJADI REALITI ATAU REALITI YANG SEHARUSNYA ADALAH SEMATA MIMPI. BERKONGSI ITU MENJADIKAN KITA LEBIH MEMAHAMI DAN MENYAYANGI.TERUSKAN KETAWA DAN BERSYUKUR PADA YANG KUASA...
Entah kenapa..semenjak kebelakangan ini..aku mula menulis semula di halaman ini..Merasa terpanggil untuk menulis semula setelah sekian lama menyepi.Istilah dicari bila diperlukan, seringkali terlintas dalam diri namun sering dinafikan oleh hati. Entah kenapa semakin difikir, semakin terasa kebenaran perkara nan satu itu. Hakikat yang reality dihadapi setiap manusia selagi dia bergelar insani. Sering dihujani dengan janji-janji yang belum pasti akan ditepati.kata-kataku lahir dari hati. bicaraku mungkin pedih namun hakikat. terima aku seadaanya atau tinggalkan aku.Sesungguhnya aku menulis bukan hanya kerana nama tetapi aku menulis apa yang ku rasa..apa yang inginkan kuluahkan.Seandainya luahan ini menyakiti atau tidak disenangi oleh kalian ,aku mohon maaf kerana aku hanyalah umpama setitis embun yang hanya hadir seketika di hujung daun setiap pagi.tatkala mentari tersenyum muncul aku mula hilang....namun walaupun hadirku hanya utk seketika cuma...apa yang kuharapkan ...aku dapat membahagiakan kalian ,dapat bercerita dan berkongsi..Terima kasih kerana masih ada juga yang sudi mendengar namun masih ada juga yang manyakiti...menulis adalah satu medium yang membuatkan aku rasa lega bila waktunya rasa tertekan.dengan menulis juga aku mampu keluar seketika dari alam realiti.Di laman inilah ku semaikan.Berkasih tak bererti mengubah segalanya.segalanya terlakar di sini...

Pendidikan Jasmani dengan pelajar-pelajar tahun 6.Enjoy dan seronok dapat bermain bersama-sama mereka.

Wednesday, October 20, 2010


Ya Allah..Jika ini takdirMU....Debu perjalanan kian terasa. Kaki akan melangkah bersama restuNYA...Menyusuri perjalanan hati yang tidak tahu di mana akhirnya......
Patah sayap bertongkat paruh. Namun ku pasti kan terbang jua.....................Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"

Tuesday, October 19, 2010


Andai ini takdirku...hari ini adalah sebuah cerita yang dikarang oleh perasaan..dari detak jantung takdirku..Dimanakah langkah ku saat ini....terpaksa jua ku selusuri hidup ini..walau ada yg membenci..semoga Hari kemarin jadi sejarah..tidak sunyi. dan tidak juga dilupakan ....

Hari berganti hari
Masa berlalu memakan waktu
Kemesraan tersimpul rapi dilayari rindu
Menanti malam menjemput siang
Agar ikatan keikhlasan kian terjalin...

'esok sudah tidah boleh mengubah hari ini..tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok...'

terima kasih kerana sudi menemani..


Dalam menanti senja..tetiba gerimis menyapa..usahlah rajuk membuta..usahlah lagi prasangka..ku masih setia menanti..cantiknya kunjungan pelangi.meski sekejap aku redha..kerana telah tersurat sudah..

Aku lontarkan pandangan pada buih-buih putih. Buih demi buih. Ku alih pula pada ombak yang beralun, menghempas pantai. Setia, ombak dan pantai.....Bila yang tertulis untukku,Adalah yang terbaik untukmu..Aku cuba juga untuk menjadi titisan embun itu seketika cuma hadirnya dihujung daun...namun setiap detik dan titis yang ada guna lah sepenuhnya untuk membiaskan cahaya..setiap saat dan ketika selagi nafas belum berhenti...

SEMINAR HEADCOUNT DAN POSTMORTEM @ FELDA RESIDENSE....SERONOK..ENJOY..

lagi post @FELDA RESIDENSE

LAGI MAKAN-MAKAN KAT FELDA RESIDENSE...

makan-makan kat FELDA RESIDENSE.

SEMINAR HEADCOUNT DAN POSTMORTEM KAT FELDA RESIDENSE...Seronok...banyak pengisian..