Saturday, May 22, 2010

Friday, May 21, 2010

**rindu**


tak lelah hati ini menemani
tak lekang dimakan karat
demi sebuah penantian
akan datangnya kembali saat² indah bersamamu .......

Thursday, May 20, 2010

Tuesday, May 18, 2010


Esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini...tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi esok..

**Sebentar d Hari Guru 2010**

Sunday, May 16, 2010

ucapan dari seorang sahabat..**kuabadikan di sini**


Apa pun seorang guru...Budi di apung di dulang ilmu..Gelaran CIKGU terpahat meskipun isterehat di liang lahat.Usaha CIKGU tak pernah jemu...Ikhlas cikgu Akhirat menanti..."****SELAMAT HARI GURU*****

Pabila mengenang apa yang sudah jadi pada diriku kala ini, hanyalah sebuah pengajaran yang telah berlalu dari zaman tadika hingga kini. Sedarilah wahai sahabatku sekalian, apa yang terjadi pada diri kita kini adalah hasil didikan guru yang begitu besungguh-sungguh dalam mendidik diri kita ini.

Jasa guru terlalu banyak untuk kita ungkitkan satu persatu. Pada diriku ini sahaja sudah malu untuk aku berkira dan memperlecah seseorang guru itu. Walaupun kadang-kala terdapat jua kekurangan dalam diri guru itu, aku mempunyai prinsipku yang tersendiri. Seperti bidalan pepatah arab ada mengatakan, "Pandanglah apa yang dikata, jangan memandang siapa yang berkata".

Apa-apa pun terima kasih kepada semua guruku, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang telah mendidik daku hingga kini aku menjadi orang yang berguna pada agama, masyarakat dan tanah airku.

Alhamdulilah, kini aku telah pun mengalas tugas seperti mu itu. Dan akan ku meneruskan perjuangan dalam berdakwah mencari redha Ilahi. Amin.. "Selamat Hari Guru" kepada semua lapisan guru akademik mahupun agama juga tidak kira guru tadika ku ...sesungguhnya tanpa kalian siapalah aku kini...

Saturday, May 15, 2010


Apakah cita-cita kita sebelum jadi guru?????Majistret,lawyer,doktor???adakah kita menyesal jadi seorang guru..tentulah sama sekali tidak..bersyukur kerana di lahirkan menjadi seorang guru...Cuba kita lihat adakah seorang peguam sanggup memakai topi arkitek?.adakah seorang majistret yang sanggup memakai baju doktor?tentunya tidak kan!..TETAPI seorang guru adalah SEMUA itu..guru menjadi doktor apabila pelajarnya sakit,guru menjadi peguam apabila ada ibu bapa datang menyoal,guru sebagai majistret apabila pelajar bergaduh..guru juga sebagai kerani..apabila setiap awal tahun mengutip yuran-yuran tahunan.hatta guru juga sebagai security guard dan ahli nujum pun kita jugak...dan kelmarin pulak kita jadi tukang kebun pada gotong royong perdana....oleh itu berbanggalah menjadi seorang guru walaupun kadang-kadang kita dikeji oleh ibu bapa...bersyukur kerana menjadi seorang yang bernama ***guru***

Gotong Royong Perdana-**Sambutan hari Guru 2010**

Friday, May 14, 2010

Teringat masa hari pertama masuk sekolah..tak pandai membaca dan mengira,tetapi CIKGU begitu tabah mengajar bersunguh-sungguh.bermula ABC sehingga Z cikgu ajar sehingga dapat tanpa jemu begitu juga di ajar menghitung satu sehingga sepuluh sampai faham..seterusnya ku diajar membaca,menulis dan mengira.betapa cikgu begitu tabah dan tekun mengajar tanpa jemu setiap hari..bersyukur dan terima kasih cikgu..

Guru oh Guru..(Usman Awang -1979)


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

sepi..


Teman,
Sepi, resah dan duka
Itulah rencah kekosongan hidupku
Tatkala bicaramu sirna di mataku
Senyum dan tawa
Menguntum tanda gembira
Tatkala rancak berbicara
Justeru diriku..
Menyingkap tirai bicara.

Teman,
Andainya puisi ini kau fahami
Andainya jeritan hatiku kau selami
Andainya impianku bisa kau penuhi
Kau tidak berlari mengejar mimpi
Menghitung hari menanti realiti.

Usah ditanya kenapa ku kian menyepi
Tanyalah dirimu mengapa ku begini
Pasti kan ada jawapannya

santai-santai..


Yang jauh adalah masa yang berlalu....

Yang dekat adalah saat datangnya bahagia..

Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, pasti suatu ketika kita akan bertemu...

Monday, May 10, 2010

saat ini...


Perjalanan aku sangat jauh merentasi pelbagai masa ruang dan hiruk pikuk pada tangis kehidupan.Pelbagai wajah yang kutemui di sini.pelbagai hati harus ku perhati.tidak mahu terluka lagi dan tidak mahu terus dilukai.Ada yang menganggap hidup ini adalah wang dan percaturan.Ambillah semua yang aku ada,aku hanya mohon bahagia.kalau dalam bodoh atau cerdik aku berkata-kata,amatlah rugi jika akal ini tidak dapat menjejak mimpi.Rugikah aku pada coretan lembar waktu,apabila bibir menguntum senyum,tapi hati mengalun kata -kata kelu yang penuh bisu.mahu kuat berkata-kata,tetapi seakan hilang upaya.seakan hilang semangat dalam berkata.Suatu ketika dulu,senyum manis ini milik ku..bahagia akan jadi milik siapa....??

Sunday, May 9, 2010

cool...


Andai baik dan benar katamu..baik juga pada diriku..semoga semuanya baik-baik saja..

monday blues


Esok keje..malasnya ..sebab bila teringat hari Isnin..teringat jadual yang tak best tu..jadual tak seimbang langsung..GPK1 langsung tak ambil peduli..harapkan 100% pada org yg membuat jadual.itu yg jadi tak kena tu...memang xde mood mengajar..nak marah-marah nanti..apa pulak orang yang buat jadual cakap ..takut pulak dia kecik hati..kalau bab2 bagi kecik hati memang la bukan sifat yang aku ada..kalau boleh tak nak bagi sesiapa pun kecik hati ...diri sendiri kecik hati xpe..biarlah ku korbankan perasaan ini biarpun perasaan ini yang terkorban hanyut di dasar lautan sekali pun..namun nak cerita tentang jadual pada dia tak mungkin...apa pun lain kali kalau nk buat jadual kena la fikir dari semua sudut..jangan la main sumbat je ikut tangkap muat..cikgu xde mood mengajar murid lagi la xde semangat nk belajar waktu macam tu.....semenjak dapat jadual baru..nk masuk bilik guru pun malas...lebih seronok lepak kat pusat sumber je..tenangkan fikiran.kawan2 pun ramai menziarahiku di sana..seolah2 memahami..tapi apakan daya mereka..."kita yang menurut perintah"....

Andai ini takdirnya untukku..


Andai sudah tertulis atau tersurat begini perjalanan hidupku. Aku redha dan pasrah menerima segala ketentuan dari Yang Maha Esa.

cetusan..


Yang membuat kita sedih adalah..melihat orang yang kita sayangi, menyayangi orang lain..tapi yang lebih menyedihkan adalah..melihat orang yang kita sayangi pura2 menyayangi kita, hanya untuk buat kita tersenyum.

Usah bermimpi lagi..


Entah kenapa hati ini jadi tak menentu..sedih,sayu dan pilu mengenangkan nasib diri..segalanya adalah ketentuan Illahi.ku tak ingin bermimpi lagi..mimpi indah bisa jadi racun.bukan laut namanya ,jika air tidak berombak,bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka,bukan kekasih namanya jika hati tak pernah merindu dan cemburu.lebih baik usah bermimpi lagi..duhai malam kau hapuskanlah mimpi-mimpi ku..biarlah lenaku tak berteman mimpi.

Friday, May 7, 2010


Kisah seorang anak yang membenci ibunya kerana ibunya buta sebelah mata dan memalukan dirinya.Pada suatu hari semasa di sekolah rendah,ibunya telah datang ke sekolah untuk berjumpa dengannya.tetapi si anak sangat marah.katanya dengan wajah yang benci ”aku sangat malu ,kenapa ibu sanggup datang ke sekolah untuk memalukanku.Rakan-rakannya juga telah mengejeknya dengan mengatakan kenapa ibumu mempunyai sebelah mata.Anak itu sungguh malu dan inginkan ibunya hilang dari hidupnya.dengan bersuara lantang dia menenking ibunya,jika hadirmu hanya untuk memalukan hidupku,lebih baik ibu mati.Si ibu hanya diam membisu.Si anak langsung tidak memikirkan perasaan ibu.sehinggalah anak tersebut telah Berjaya di dalam hidupnya dan telah berkahwin dan mempunyai anak .Pada suatu hari datang lah si ibu ke rumahnya untuk menziarahinya sekeluarga.dan ingin berjumpa dengan cucunya.tetapi kehadirannya tidak disukai oleh cucunya lantas si anak pun berkata”sanggup kau datang ke mari hanya untuk menakutkan cucumu.lalu menghalau ibunya.dengan pantas ibunya berkata maaf saya tersalah alamat lalu dia pun keluar dari situ.Suatu hari surat jemputan untuk bekas-bekas pelajar telah sampai ke rumah.Si anak pergi ke sana.Selesai perjumpaan dengan bekas-bekas pelajar ,dia pun pergi ke rumah usangnya.Sampai di sana dia telah dibertahu oleh jirannya yang ibunya telah meninggal dunia.Sedikit pun tidak ada rasa sedih di hatinya.Sehinggalah jirannya menyerahkan sepucuk surat dari ibunya.dengan pantas dia membaca.”anakku ,ibu mohon maaf kerana telah menakutkan anakmu .Disaat kau membaca surat ini ,ibu mungkin sudah tiada lagi untuk berjumpa dengan mu.Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan mu.,kamu mungkin tidak tahu semasa kamu kecil dulu,kamu telah mengalami kemalangan yang menyebabkan kamu hilang satu mata.sebagai ibu,aku tidak sanggup melihat anakku mempunyai satu mata.Oleh itu ibu telah memberikan satu mata kepadamu.ibu amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini.dengan kasih kepadamu.selesai membaca sianak merasa sangat menyesal di atas perbuatannya selama ini yang menghina ibunya yang tidak ada sebelah mata tanpa mengetahui pengorbanan ibunya yang tiada tolok bandingnya.Namun penyesalannya sudah tiada gunanya lagi.Pengajarannya kisah seorang ibu yang berkorban jiwa dan raga demi untuk kebahagiaan anaknya walaupun dia hidup menderita.Sayangilah ibu kita sementara hayatnya masih ada.jangan biarkan kita kehilangan saat-saat yang akan kita rindukan di masa akan datang.Tiada lagi yang berdiri di depan muka pintu menyambut kita ,tiada lagi senyuman indah tanda bahagia.yang ada hanyalah kamar kosong tanpa penghuni.Tidak ada lagi yang akan menitiskan airmata mendoakan kita di setiap hembusan nafasnya.oleh itu selagi ada hayatnya..marilah kita membahagiakannya bersama-sama.Peluk lah dia yang selalu menyayangi kita.Ciumlah ibu yang selalu merindukan kita dan berikanlah yang terbaik sehingga dia akhir hayatnya.kenanglah semua cinta dan kasih sayangnya.”SELAMAT HARI IBU.”

kau sahabat..kau teman..pergi untuk selama-lamanya.


Semalam seorang sahabat karibku telah pergi buat selama-lamanya kerana penyakit kroniknya.Setelah sekian lama dia menderita ,akhirnya dia pergi jua mengadap Illahi.Begitu terasa kehilangannya,kerana masih terbayang-bayang gelak tawa dan gurau sendanya yg menghiburkan.Betapa pilu dan sayu hati ini mengenangkan penderitaan yang di tanggungnya bermula dari keruntuhan rumah tangganya sehinggalah menanggung derita berpanjangan sehingga ke akhir hayatnya.Terasa singkat bahagia yang dirasa.Penderitaan yang di alaminya membuatkan aku terasa insaf betapa kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah kita miliki,dan bersyukur kerana di beri kekuatan dan kesihatan yang sempurna untuk meneruskan kehidupan ini.Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

SAHABAT...


Tika sahabat melukai hatimu, tulislah ia di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu, sebaliknya tika sahabat membuat kebaikan padamu maka tulislah di atas batu hatimu agar terpahat utuh walau dilanda badai.Mengapa hati terluka? Mungkin kerana dikhianati? Mungkin kerana penantian yang tiada cerita akhirnya? Mungkin kerana gagal mendapatkan apa yang dipohon? Atau mungkin kerana tiada daya untuk memilih?Sesungguhnya persahabatan itu seperti tangan dan mata.saat tangan terluka, mata menangis,saat mata menangis tangan akan menghapusnya.dan persahabatan yang senantiasa abadi adalah persahabatan yg dibingkai dgn indahnya.Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita..kadang-kadang yang mengembirakan itu tersembunyi derita,dan bukan semua yg memualkan hati kita tidak baik untuk kitakadang-kadang di situlah letaknya bahagia...

santai-santai

Thursday, May 6, 2010

Wednesday, May 5, 2010

Catitan dari Facebook


>>Sahabatku..indahnya dunia dapat dilihat dengan mata,indahnya hati tak semua orang dapat merasa,indahnya cinta tak semanis namanya,tapi INDAHNYA PERSAHABATAN tak ternilai harganya.Terima kasih tak terhingga ucapan2 hari lahir yg telah diberikan.rasa terharu dan gembira bercampur baur.Persahabatan itu seperti tangan dan ...

>>Apabila datang kesusahan dan kepayahan.maka di situ lah kita boleh tahu siapa kawan dan lawan kita..yg kt rasakan dia boleh jd kawan rupanya hanya kawan utk bercerita sewaktu kita gembira sahaja...

>>Yang membuat kita sedih adalah..melihat orang yang kita sayangi, menyayangi orang lain..tapi yang lebih menyedihkan adalah..melihat orang yang kita sayangi pura2 menyayangi kita, hanya untuk buat kita tersenyum.

>>Masa yang kita gunakan untuk mencari kesilapan orang lain biasanya lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan diri kita sendiri.

>>Kegagalan bukan bermakna kita tidak mencapai apa-apa.....tetapi ia bermakna kita telah mempelajari sesuatu.......

21 April >sebuah memori


Terima kasih untuk semua kawan-kawan yang telah memberi ucapan sempena hari jadi saya semalam..terima kasih juga kepada yang telah mengirimkan kek dan hadiah...petang semalam juga sempena hari jadi, saya nyaris2 kemalangan ...nasib baik saya tidak cepat panik dan sehingga ke hari ini masih terbayang2 peristiwa semalam...sesungguhnya, Allah masih sayangkan saya.