Sunday, May 16, 2010


Pabila mengenang apa yang sudah jadi pada diriku kala ini, hanyalah sebuah pengajaran yang telah berlalu dari zaman tadika hingga kini. Sedarilah wahai sahabatku sekalian, apa yang terjadi pada diri kita kini adalah hasil didikan guru yang begitu besungguh-sungguh dalam mendidik diri kita ini.

Jasa guru terlalu banyak untuk kita ungkitkan satu persatu. Pada diriku ini sahaja sudah malu untuk aku berkira dan memperlecah seseorang guru itu. Walaupun kadang-kala terdapat jua kekurangan dalam diri guru itu, aku mempunyai prinsipku yang tersendiri. Seperti bidalan pepatah arab ada mengatakan, "Pandanglah apa yang dikata, jangan memandang siapa yang berkata".

Apa-apa pun terima kasih kepada semua guruku, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang telah mendidik daku hingga kini aku menjadi orang yang berguna pada agama, masyarakat dan tanah airku.

Alhamdulilah, kini aku telah pun mengalas tugas seperti mu itu. Dan akan ku meneruskan perjuangan dalam berdakwah mencari redha Ilahi. Amin.. "Selamat Hari Guru" kepada semua lapisan guru akademik mahupun agama juga tidak kira guru tadika ku ...sesungguhnya tanpa kalian siapalah aku kini...

No comments: