Sunday, October 24, 2010

jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni...nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.



Jangan terlampau mendongak ke langit kerana langit pun tak setinggi mana...
Jangan terlalu menundukkan ke bumi kerana bumi pun tak serendah itu....

Bukan apa, kadang-kala kita tidak sedar apa yang kita ucapkan boleh menyentuh hati seseorang. Adakala tu, bila berkata-kata kita rasa diri kita lah yang paling bagus kalau dibandingkan dengan orang lain. Bak kata orang tu, ego mesti dijaga.... hehehehe... tapi sebaliknya bila kita bereaksi begitu menampakkan diri kitalah yang paling bodoh

kadangkala kita ni terlalu merendah diri sebab takut kalau apa yang kita ungkapkan menampakkan kebodohan kita tapi sebenarnya tak. Kita perlu berani meluahkan pendapat dan pendirian kita. Betul atau salah pendapat kita itu terpulang pada persepsi masing-masing. Dan perlu ingat kalau kita ni asyik merendah diri je.. mengangukkan aje pada apa yang orang katakan lama-lama kepala kita pun kena pijak. Akhirnya jadilah kita seperti sabut kata pantai dihanyut ombak ke tengah ke tepi tanpa haluan.

Apa pun teman-teman..Jadilah diri sendiri. Bertindak apabila perlu. Berdiamlah apabila setuju. Insyaallah kita akan menjumpai titik tengah di dalam realiti kehidupan......sekali kita gagal..tidak semestinya kita gagal untuk selamanya.....dan......Jangan biarkan perahu itu hanyut. Kemudilah ia agar sampai ke pelabuhannya.

No comments: