Thursday, October 21, 2010

Entah kenapa..semenjak kebelakangan ini..aku mula menulis semula di halaman ini..Merasa terpanggil untuk menulis semula setelah sekian lama menyepi.Istilah dicari bila diperlukan, seringkali terlintas dalam diri namun sering dinafikan oleh hati. Entah kenapa semakin difikir, semakin terasa kebenaran perkara nan satu itu. Hakikat yang reality dihadapi setiap manusia selagi dia bergelar insani. Sering dihujani dengan janji-janji yang belum pasti akan ditepati.kata-kataku lahir dari hati. bicaraku mungkin pedih namun hakikat. terima aku seadaanya atau tinggalkan aku.Sesungguhnya aku menulis bukan hanya kerana nama tetapi aku menulis apa yang ku rasa..apa yang inginkan kuluahkan.Seandainya luahan ini menyakiti atau tidak disenangi oleh kalian ,aku mohon maaf kerana aku hanyalah umpama setitis embun yang hanya hadir seketika di hujung daun setiap pagi.tatkala mentari tersenyum muncul aku mula hilang....namun walaupun hadirku hanya utk seketika cuma...apa yang kuharapkan ...aku dapat membahagiakan kalian ,dapat bercerita dan berkongsi..Terima kasih kerana masih ada juga yang sudi mendengar namun masih ada juga yang manyakiti...menulis adalah satu medium yang membuatkan aku rasa lega bila waktunya rasa tertekan.dengan menulis juga aku mampu keluar seketika dari alam realiti.Di laman inilah ku semaikan.Berkasih tak bererti mengubah segalanya.segalanya terlakar di sini...

No comments: