Tuesday, November 30, 2010

Perjalanan yang masih jauh...


Selepas ketawa pasti menyusul air mata
Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma

Selepas Allah berikan kita gelap
pasti akan datang terang
Allah berikan terang untuk bersyukur

Allah berikan kita gelap untuk bersabar
Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi
Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat
Kita tanya mana bulan
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang
Allah patahkan HATI kita untuk selamatkan jiwa kita

Allah patahkan HATI kita untuk kuatkan diri kita.................

Friday, November 26, 2010

Pelangi Selepas Hujan


Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.



Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.Pernahkah sekali kita memahami alam.



" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? " " Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?



"Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan."



" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? " " Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "



Jawabnya, SENANG.Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.



" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "

Kerap kali hati ini merintih lemah meminta dan mengharapkan daripada Allah swt. Sesungguhnya sangat banyak cabaran yang telah dilalui dan kadangkala ianya seperti memaksa kita untuk meninggalkan jalan ini. Nauzubillah..


Inilah fitrah kita selaku makhluk yang bernama manusia. Tidak pernah lekang dengan sifat cuai kerana kita bukanlah diciptakan sempurna. Mungkin selama ini kita terasa kuat dalam menghadapi dugaan pada jalan ini tetapi akan tiba suatu masa kita akan dikunjungi perasaan lemah dan malas yang akan menusuk hati kita secara perlahan-lahan. Ketika itu hati akan mula memberontak dan akhirnya dengan mudah syaitan laknatullah menjalankan misi mereka untuk menarik kita .


walaupun rintangan itu setinggi langit, ingatlah bahawa Allah sentisa berada di sisi kita.

Alam Maya VS Alam Realiti


Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.


Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.


Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.


Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya


Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya


Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..


Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..


Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??


Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata

Friday, November 19, 2010

Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya
Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga..Kerana bunga akan layu bila akhir musimnya..

Thursday, November 18, 2010

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan
dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta,
tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya,
tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
Kita hanya memulakan sesaat untuk mengenali seseorang...
seminit untuk menyukai seseorang...
sehari untuk mencintai seseorang...
namun kita memerlukan masa yang lama untuk melupakan seseorang... .
Kata pujangga Hamka, "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembus kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.''
Renungan kata-kata... .."tak perlu mencari teman secantik balqis, andai diri tak sehebat sulaiman, mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat hajar. Mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad jika ada keburukan pada dirimu...Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangannya sebagai satu keunikan dan carilah kebaikan pada dirinya...Bersyukur lah dipertemukan dengannya berdoalah semoga dia milikmu selamanya... ...
Minat bkn bererti cinta, bangga bukan bererti cinta,
kagum juga bukan bererti cinta dan suka juga tidak serasi dgn cinta,
malah sayang juga bkn bererti cinta..tetapi CINTA adalah CINTA