Wednesday, June 23, 2010


sedihnya tiada siapa yg tahu..egomu mengatasi ruang dan waktu..

Saturday, June 19, 2010

Kenangan terindah buat ayah


Aku masih teringat semenjak dari kecil lagi ayah tidak pernah mengabaikan aku dan adik beradik yang lain.sedaya upaya ayah cuba membahagiakan kami walaupun aku bukan dari golongan yang berada.Ayah cuma seorang peneroka felda yang pada masa itu pendapatan tidak seberapa seperti sekarang.Betapa kuat semangat ayah menyara aku dan adik beradik yang lain.Masih terasa pilu hati ini bila mengenangkan ayah pernah berjalan kaki ke ladang yang sejauh 5km.sedih bila kurasakan ayah sanggup berpanas ,berhujan dan bermandikan peluh..namun sikitpun tidak dihiraukan olehnya.semua yang dilakukan semata-mata untuk membesarkan anak-anaknya.Tidur malamnya hanya bermimpikan harapan semoga anak-anaknya berjaya.makan minum kami sekeluarga tidak pernah dia abaikan.cerita sedihnya tidak pernah aku kongsi bersama..hanya mak teman suka dukanya.kerana mungkin pada waktu itu aku tidak pernah mengerti tentang erti kehidupan.Bersyukur kerana semuanya telah berjaya hasil dari pengorbanan ayah dan mak.seboleh-bolehnya aku ingin membahagiakan ayah dan mak selagi hayat mereka masih ada.Aku terlalu rindu dengan semua kenangan kita sewaktu aku kecil dulu.ayah selalu mengajak ku bermain, ayah selalu menceritakan aku dongeng2sampai aku terlelap tidur.semua kebahagian telah ayah berikan pada ku.dan sebaliknya kebahagiaan apa yang telah aku persembahkan untuk ayah.hanya cinta, sayang n doa yang bisa aku persembahkan pada mu ayah.Dalam hati kecil ku selalu berkata n berharap..semoga aku bisa membahagiakan ayah dan berbakti pada ayah.ayah, Doa kan anak mu ini semoga bisa selalu memberikan kebahagian pada ayah..baik di dunia dan akhirat.Ya Allah,Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,atas didikan mereka dan Pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ayah..
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja

Ayah...
ketika aku mengalah
engkau semangatku
ketika aku sakit
engkau penawarku
ketika aku bersedih...
kau air mataku..
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laram

Ayah
kini baru aku sedari,
sesungguhnya besar pengorbanan mu
aku yang kurang perhatian terhadap mu
aku yang seakan lupa mencurahkan perhatian terhadap mu
sedangkan masa meniti alam remaja engkaulah sahabat ku
aku sayangkan Ayah..

Friday, June 18, 2010

hujung bulan..

Awal bulan,

lunch

best...rasa xnak balikkkkk...

seronok tengok sawah

farisya x kenal pokok beras


jalan jalan di sawah.

<3<3<3 cuti 2 minggu kali ni terasa macam seronok dan puas sangat2..lepas tu cuti pulak terasa lama sangat...tak tahu la kenapa..mungkin sebab tak ade kerja-kerja sekolah yang dibawa balik ke rumah..kertas-kertas soalan peperiksaan pun semua dah siap ditanda sebelum cuti bermula...jadi dapatla bercuti sepuas-puasnya..<3<3<3